PROGRAM PEMBAHARUAN TEKSI MADANI NASIONAL
Inisiatif menyeluruh daripada Kerajaan Malaysia untuk memperkasakan dan memodenkan industri teksi negara.
Diterajui oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Program Pembaharuan Teksi MADANI Nasional adalah inisiatif kerajaan untuk meremajakan industri teksi negara untuk menggantikan armada teksi lama dengan kenderaan yang lebih moden, selamat dan cekap.
Di bawah program ini:
- Permit teksi kekal atas nama pemandu
- Pemandu adalah pemilik sah kenderaan, walaupun dibiayai melalui institusi kewangan
- Proton S70 dipilih sebagai kenderaan teksi rasmi baharu, berdasarkan ciri keselamatan, keselesaan penumpang dan kecekapan bahan api
- Pembeli layak untuk pengecualian 100% cukai jualan dan duti eksais
Program ini dilaksanakan menerusi kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta dengan sokongan Kumpulan DRB-HICOM termasuk PROTON, DRB-HICOM Leasing Sdn Bhd dan Tras.
EMPAT TERAS TRANSFORMASI

Imej Baharu, Moden dan Profesional
Tingkatkan imej perkhidmatan dan tarikan pelancong

Digital dan Teknologi Pintar
Operasi lebih cekap dan telus Meter digital & e-payment Integrasi data perjalanan

Keselesaan & Keselamatan Tinggi
Pengalaman pelanggan yang lebih baik Kabin selesa, ruang simpan yang luas. Ciri keselamatan terkini

Kos Operasi Lebih Jimat
Penjimatan kos bahan api, penyelenggaraan & peluang iklan teksi
SOKONGAN KERAJAAN

100% Pengecualian Cukai Taksiran

Nombor Plat Pendaftaran Khas
PANDU KERETA SENDIRI DENGAN TEKSI MADANI.
UNTUNG SENDIRI.
- Kenderaan teksi nasional Proton S70 baharu. Permit atas nama anda. Sewa Beli — satu permohonan, dihantar ke 3 bank.
- Sewa Beli dari RMxx sehari
- Pengecualian 100% Duti Eksais dan Cukai Jualan
- Terbuka untuk pemandu sedia ada dan pemandu baharu
- Keutamaan servis di Pusat Servis PROTON bagi meminimumkan masa henti operasi
BOLEH BELI DI MANA-MANA DEALER PROTON.
KENAPA EON?
Proton, sebagai pengeluar nasional, mempunyai rangkaian pusat jualan yang luas di seluruh negara. EON mengendalikan 10 daripada pusat jualan tersebut di Semenanjung Malaysia. .

Satu permohonan, tiga bank.
Melalui Tras, permohonan sewa beli anda dihantar serentak ke Maybank, AmBank dan Bank Muamalat. Bukan hanya satu bank. Peluang kelulusan lebih tinggi.

Bank tolak? Kami ada jalan lain.
Pilihan Leasing EZ Drive (akan datang) tanpa bayaran pendahuluan jika sewa beli tidak diluluskan.

Sokongan selepas jualan.
Rangkaian servis EON untuk jagaan kenderaan jangka panjang.
LEASING EZ DRIVE — AKAN DATANG 🔜
Tiada bayaran pendahuluan. Tidak lulus sewa beli? Pilihan ini akan dibuka tidak lama lagi.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMOHON TEKSI MADANI
EON membimbing anda di setiap langkah. Bukan sekadar jualan, tapi sokongan sepanjang proses.
Langkah 1
Memohon Surat Tawaran Kelulusan (STK) melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat APAD secara dalam talian.
Langkah 2
Mengunjungi Pusat Jualan Proton EON. Proton EON
Langkah 3
Menyediakan dokumen untuk permohonan dan mendapatkan kelulusan pembiayaan.
EON membantu anda sepanjang proses ini — permohonan Sewa Beli dihantar ke 3 bank serentak melalui Tras.
Langkah 4
Proton mengurus pemeriksaan PUSPAKOM dan mendaftarkan kenderaan baharu.
EON memantau proses ini bagi pihak anda dan mengemaskini status permohonan anda.
Langkah 5
Proton mengurus proses nombor pendaftaran di JPJ.
EON terus membimbing anda sehingga langkah ini selesai.
Langkah 6
Pembeli mendapatkan permit daripada APAD secara dalam talian. EON membantu anda memahami keperluan dan dokumen yang diperlukan untuk langkah ini.
Langkah 7
Penyerahan kenderaan kepada pemilik/pengusaha teksi.
Kenderaan S70 baharu anda diserahkan di pusat jualan EON, sedia untuk jalan raya.
SEDIA UNTUK MULA?
Isi borang di bawah, WhatsApp kami atau kunjungi cawangan Proton EON berhampiran anda hari ini.